Kesan Kesihatan Garam makan

Natrium adalah salah satu primer elektrolit di dalam badan. Ketiga-tiga elektrolit (natrium, kalium dan kalsium) terdapat di dalam garam yang belum disaring, seperti yang lain yang juga penting untuk badan untuk menjalankan proses pada kadar yang optimum. Terlalu banyak garam atau terlalu kurang boleh menyebabkan gangguan elektrolit yang membawa bahaya malah boleh menyebabkan masalah neurologi yang boleh membawa maut. Kesan-kesan terlebih pemakanan natrium merupakan topik yang kontroversi. Terlebih pemakanannya telah dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi, walaupun kesannya ke atas seseorang individu itu berbeza pada julat yang besar. Persatuan Pengeluar Garam (U.K) mengatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan antara kadar pengambilan dengan mortaliti ataupun dengan kardiovaskular.http://www.saltsense.co.uk/releases/rel013.htm] . Satu kajian membuktikan bahawa lelaki yang mengalami hipertensi dan kadar natrium urea yang rendah berkait dengan kadar risiko mendapat sakit jantung lebih tinggi. .

Kadar pengambilan garam yang tidak betul bersama dengan amalan meminum air yang terlalu banyak, meletakkan seseorang itu pada risiko ketoksikkan air.

Kadar diet yang tinggi garam juga dikaitkan dengan asma dan kereputan atau kerosakkan ketumpatan tulang pada kanak-kanak perempuan . Namun, garam juga mempunyai kegunaan untuk kesihatan juga seperti perawatan untuk penyakit dysautonomia .

Penggantian garam (dengan rasa yang hampir sama dengan garam makan)boleh didapati bagi individu yang ingin mengurangkan kadar pengambilan garam mereka. Bahan-bahan gantian ini merupakan terutamannya kalium klorida, yang meningkatkan kadar pengambilan kalium. Disebabkan kadar pengambilan kalium yang terlebih boleh menyebabkan hiperkalemia, adalah dinasihatkan untuk bertemu dahulu dengan pakar kesihatan dan farmasi sebelum menggunakan bahan pengganti garam. Masalah dan ubat yang berbeza boleh mengurangkan kadar penyingkiran kalium dari badan yang lantas meningkatkan kadar untuk mendapat penyakit hiperkalemia.

Pihak Agensi Standarf Pemakanan United Kingdom telah mengudarakan satu kempen kesihatan am penuh kontrovesi bertajuk "Salt - Watch it" (Garam - Berhati-hati) menggunakan satu karektor bernama ""Sid the Slug"" (Sid Si-Siput). Kempen ini telah mendapat kritikan daripada Persatuan Pengeluar Garam United Kingdom.